Syarikat

SNE Marketing Sdn Bhd



Sejak ditubuhkan secara rasmi pada bulan Oktober 2003, SNE Marketing Sdn Bhd telah membuktikan dirinya sebagai salah sebuah syarikat terkemuka yang di kenali ramai dalam industri MLM. Ibu pejabat SNE bertapak di Malaysia dan mempunyai jumlah modal pelaburan sebanyak Ringgit Malaysia 5.0 juta dan dilengkapi rangkaian produk-produk unggul. Kini, SNE Malaysia berkembang pesat menjadi salah sebuah syarikat contoh cemerlang yang menyediakan peluang untuk mencapai kejayaan yang tidak terbatas kepada lebih daripada 500,000 warga SNE demi memperolehi kesihatan yang optima, jaminan kestabilan kewangan dan kebebasan masa yang bukan sekadar terhad di Malaysia, malah di Negara-negara jiran seperti Negara Thai, Indonesia dan Singapura. Misi kami tidak berakhir di sini. Kami berhasrat untuk mengibarkan sayap SNE, berkongsi formula kejayaan pelan pemasaran dan misinya ke seluruh pelusuk dunia.



YuHangRen merupakan perusahaan terbesar di dunia yang menggabungkan teknologi, industri dan perdagangan yang canggih dan bertaraf antarabangsa dengan perkembangan komprehensif Fructus Hippophae atau lebih dikenali sebagai seabuckthorn.

Selama beberapa tahun kebelakangan ini, YuHangRen telah menjalankan kajian dan penyelidikan yang ekstensif dan intensif dalam aspek nutrisi dan farmalogi Fructus Hippophae dengan menggunakan teknik pengekstrakan Kritikal CO2, teknik penyerapan foramen pokok magnum, teknologi membran, teknologi biologi dan teknik-teknik pengekstrakan tumbuhan semula jadi yang lain, berserta teknologi nanometer yang canggih telah melahirkan lebih daripada 200 jenis produk, termasuklah Kapsul SNE
, dengan sokongan daripada Akademi Sains Perubatan Negara China, dan usaha sama dengan Universiti Nan Kai, Universiti Latihan Perguruan Hua Dong, Universiti Jiang Nan dan institusi-institusi penyelidikan saintifik antarabangsa.

Kini, SNE dan YuHangRen telah bersatu.

SNE Marketing Sdn Bhd merupakan agen tunggal produk seabuckthorn yang berprestij ini. Mitos di luar jangkaan dan kepercayaan manusia terbit di Mongolia Dalam dengan penemuan manfaat seabuckthorn yang tidak terbatas. Presiden YuHangRen, En. Xing Guo Liang mengumumkan bahawa kini, SNE merupakan pemegang saham ketiga terbesar YuHangRen. Pada ketika ini, papan tanda SNE berdiri megah di atas semua bangunan YuHangRen di Shanghai dan Mongolia Dalam. Gabungan SNE dan YuHangRen merupakan sebuah tenaga yang mengagumkan dengan gandingan pemimpin-pemimpin SNE, Mongolia Dalam dan YuHangRen yang bersatu menjadi sebuah entiti yang kukuh.



Anugerah dan Sijil 



Pada tahun 2010, SNE telah menambah sebuah lagi pencapaian gemilang dengan terpilih sebagai salah sebuah “Top 20 MLM Companies”, di Malaysia dari 1300 buah syarikat perniagaan MLM yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) Malaysia.

Pemilihan ini adalah berasaskan kepada data kewangan yang dibekalkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ia dinilai berasaskan kepada Pusing Ganti Jualan Tahunan dan Jualan Bulanan Purata, Keuntungan Selepas Cukai dan Margin Keuntungan Bersih.

Atas usaha berganding antara warga SNE dan tenaga kerja, SNE kian mengembangkan saluran rangkaiannya demi mencipta matlamat agar wawasan kita untuk mengubah kualiti hidup manusia tercapai! 






Kreativiti dan Inovasi Menjana Kejayaan
 
Sekali lagi, SNE Marketing Sdn. Bhd. telah dikurniai anugerah perniagaan tahunan yang terbesar dan paling berprestij di Malaysia iaitu Anugerah Golden Bull 2010. Daripada 130 calon, SNE telah terpilih sebagai 10 PKS cemerlang di Malaysia! Anugerah ini bukan sahaja mengiktiraf pengoperasian cemerlang SNE, malah ia juga membuktikan perkembangan berterusan SNE dengan pencapaian yang mengagumkan!
 
Majlis Penganugerahan Golden Bull Ke-8, 2010 telah berlangsung di Pusat Konvension Antarabangsa Genting pada 12 November 2010, dengan tempahan 153 buah meja. Menteri Kewangan Kedua, Dato’ Seri Ahmad Husni telah menyampaikan Anugerah Golden Bull kepada Pengarah Eksekutif SNE, Dato’ Lawrence Low. 
 
Anugerah Golden Bull diiktiraf sebagai wakil anugerah perniagaan tahunan yang paling berprestij. Tema tahun ini ialah “Kreativiti dan Inovasi Menjana Kejayaan” yang menggalakkan PKS menerapkan semangat kreativiti dan inovasi agar dapat mara ke hadapan dan menikmati kejayaan yang lebih luas.
 
Ia merupakan malam yang amat bermakna dan tidak mudah dilupakan untuk para penerima anugerah, di mana sejumlah 100 PKS, 20 PKS Baru dan 10 pemenang Anugerah Super Bull telah diberikan pengiktirafan yang sewajarnya.




Sebuah sistem yang sempurna haruslah tidak lapuk ditelan zaman dan dugaan pasaran demi memperoleh pengesahan dan pengiktirafan warga SNE. Akhirnya, pada tahun 2009, SNE telah dikurniai Anugerah “Asian-Pacific Outstanding System” daripada “Asian-Pacific Direct Selling Forum” (APDSF). Kehormatan ini telah membuktikan pengaruh dan kepakaran Sistem 532 SNE.
Kriteria Penilaian:
  • Mematuhi undang-undang, tiada rekod jenayah
  • Mempunyai konsep pengusahaan perniagaan yang beretika dan mematuhi kod perusahaan perniagaan industri secara sukarela. Memiliki mekanisme pengoperasian pasaran yang sempurna dan munasabah. Merupakan model teladan dalam industri
  • Tempoh masa sistem pengoperasian calon haruslah tidak kurang dari 3 tahun; pendapatan perseorangan tahunan pemimpin yang dijana dari perusahaan jualan langsung mencecah NT$3 juta.
  • Sistem yang dicalonkan haruslah berjaya membantu lebih daripada 20 orang ahli mencapai penganugerahan jualan langsung cemerlang pada tahun 2009.




SNE Marketing Sdn. Bhd. telah terpilih sebagai salah sebuah “Top 50 MLM Companies” di Malaysia untuk tahun 2009 di antara lebih 1200 buah syarikat perniagaan MLM di Malaysia.

Kedudukan SNE bukan sahaja membuktikan bahawa SNE adalah sebuah syarikat MLM yang terulung dan telah mantap di Malaysia; ia juga menunjukkan bahawa pencapaian SNE yang luar biasa ini merupakan hasil langkah-langkah cemerlang dan dedikasi yang telah dicurahkan pihak syarikat demi memastikan bahawa ia mampu mendahului saingannya.

Pemilihan “Top 50 MLM Companies” di Malaysia untuk tahun 2009 adalah berasaskan kepada data kewangan yang dibekalkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Ia dinilai berasaskan kepada Pusing Ganti Jualan Tahunan dan Jualan Bulanan Purata, Keuntungan Selepas Cukai dan Margin Keuntungan Bersih.


 

Pencapaian cemerlang SNE diiktiraf sekali lagi oleh arena perniagaan. SNE dikurniai Anugerah “Asia Pacific International Honesty Enterprise-Keris Award” Ke-7! Pada tahun ini, sejumlah 598 buah perusahaan telah dinominasi, di mana 41 buah perusahaan tempatan dan luar negara bertaraf antarabangsa telah dikurniai anugerah berprestij ini.

Majlis Anugerah“Asia Pacific International Honesty Enterprise-Keris Award” Ke-7 telah berlangsung di Palace of the Golden Horses pada 18 Januari 2009. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Y.B. Datuk Peter Chin Fah Kui mempersembahkan anugerah ini kepada Presiden dan Pengarah Urusan SNE, Dato' Seri Barry Low dan Pengarah Eksekutif SNE, En. Lawrence Low.

Dengan pengiktirafan daripada “International Enterprise Asia Pacific International Honesty Enterprise-Keris Award” dan dianjurkan oleh Persatuan Pembangunan Usahawan Malaysia (Entrepreneur Development Association of Malaysia), objektif utama anugerah ini adalah untuk mengiktiraf perusahaan-perusahaan yang menitikberatkan kejujuran di samping pencapaian cemerlang mereka. SNE Marketing, antara perusahaan yang mempunyai reputasi yang mengagumkan, sekali lagi telah mencapai kecemerlangan, meraih sebuah lagi kebanggaan. 

Anugerah “Asia Pacific International Honesty Enterprise-Keris Award” ini merupakan salah satu anugerah yang mematuhi piawaian antarabangsa. Ia dianjurkan bersama oleh agensi-agensi kerajaan, persatuan-persatuan, dewan-dewan perniagaan dan 16 institusi lain, serta diiktiraf oleh badan-badan  konsultan kredit perniagaan dan taksiran risiko antaragangsa di kawasan Asia-Pasifik. Anugerah Keris ini telah diakui sebagai tanda yang paling eksklusif dan terulung di antara anugerah-anugerah perniagaan antarabangsa.